Abstract
Penumpuan berlebihan kepada akademik dan suasana pembelajaran yang cenderung mengukur kecemerlangan berdasarkan prestasi dalam peperiksaan didapati tidak memberi kelebihan kepada mahasiswa dalam memperolehi kemahiran insaniah melalui proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) sesuatu mata kuliah. Kajian ini merupakan satu kajian awal dan sebagai permulaan memfokuskan kepada salah satu MPU iaitu TITAS. Ia bertujuan untuk menjelaskan inovasi yang dilaksanakan terhadap kursus TITAS khususnya berkaitan strategi pembelajaran di Universiti Malaya dan melihat persepsi pelajar terhadap inovasi strategi pembelajaran yang menerapkan elemen Kemahiran Insaniah (KI) serta pencapaian mereka di dalam memperolehi KI tersebut. Sebagai satu kajian awal hanya dua elemen KI sahaja yang menjadi fokus iaitu kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran berkomunikasi. Metode kajian yang digunakan adalah kajian perpustakaan bagi menjelaskan tentang pelaksanaan kursus TITAS dan menganalisis pencapaian pelajar dalam KI kursus ini. Soal selidik juga diedarkan kepada 120 mahasiswa yang telah mengambil mata kuliah TITAS dan dapatan kajian adalah secara deskriptif iaitu dalam bentuk peratusan dan kekerapan atau frekuensi untuk menganalisis data. Hasil kajian ini mendapati bahawa persepsi mahasiswa terhadap inovasi strategi pembelajaran dan metode penilaian yang dilaksanakan adalah baik. Ini telah memberi kesan yang baik juga kepada pencapaian yang diperoleh dalam penilaian kerja kursus dan pencapaian KI mereka. Mahasiswa tidak menghadapi masalah dalam melaksanakan tugasan secara berkumpulan yang terdiri daripada pelbagai etnik dan latar belakang.INNOVATION ON TEACHING AND LEARNING FOR THE APPLICATION OF HUMAN SKILLS IN THE COURSE OF ISLAMIC CIVILIZATION AND ASIA (TITAS) AT THE UNIVERSITY OF MALAYA KUALA LUMPUR MALAYSIAExcessive focus on academics and learning environment that tends to measure excellence based on performance in examinations was found not to give an advantage to students in acquiring soft skills through the teaching and learning process (T&L) of a subject. This study is a preliminary study and as a start focuses on one of the MPU which is TITAS. It aims to explain the innovations implemented on TITAS courses, especially related to learning strategies at the University of Malaya, and look at students' perceptions of learning strategy innovations that apply the elements of Soft Skills (KI) and their achievements in obtaining the KI. As a preliminary study, only two elements of KI were the focus, namely teamwork skills and communication skills. The research method used is a library study to explain the implementation of the TITAS course and analyze student achievement in the KI of this course. Questionnaires were also distributed to 120 students who have taken TITAS courses and the findings of the study are descriptive in the form of percentage and frequency or frequency to analyze the data. The results of this study found that students' perceptions of the innovation of learning strategies and assessment methods implemented are good. This has also had a positive impact on the achievements obtained in the evaluation of coursework and their KI achievement. Students do not face problems in performing tasks in groups consisting of various ethnicities and backgrounds.