Abstract
Kajian ini bertujuan mengenal pasti hubungan di antara komuniti pembelajaran profesional dengan komitmen guru di sekolah menengah kebangsaan di Malaysia. Kajian ini menggunakan pendekatan kuantitatif melalui kaedah tinjauan yang melibatkan seramai 702 orang guru sekolah menengah harian di Malaysia. Kaedah persampelan berstrata tidak berkadaran telah digunakan dalam pemilihan sampel. Data dianalisis dengan menggunakan perisian SPSS versi 23. Hasil dapatan menunjukkan bahawa komuniti pembelajaran profesional mempunyai hubungan yang positif tetapi sederhana terhadap komitmen guru dengan nilai pekali korelasi r=0.432 dan analisis regresi (R=0.432). Kajian ini boleh menjadi rujukan kepada Kementerian Pendidikan Malaysia, Institut Aminuddin Baki dan Institut Pendidikan Guru untuk merangka program pembangunan profesional yang berkesan untuk pemimpin sekolah dan guru. Kesimpulannya, pelaksanaan komuniti pembelajaran profesional yang berkesan membawa kesan positif dan dapat meningkatkan komitmen guru sekolah menengah kebangsaan di Malaysia.Kajian tinjauan ini bertujuan untuk mengenal pasti sama ada terdapat hubungan antara motivasi.