Cerminan Pemakanan Sihat Dalam Peribahasa Tamil: Suatu Kajian Semantik Inkuisitif (Healthy Diet Reflection in Tamil Proverbs: An Inquisitive Semantic Research)

Abstract
Healthy eating practices, especially those based on food pyramid, should be vividly followed in our daily diet. The food pyramid guide contains four main groups of food which are arranged accordingly to the quantity of nutrition recommended by the health expertise of the balanced, healthy and correct nutritional features. One of the most vital part of the food pyramid is green vegetables and fruits. They are a the second level of the aforementioned food group that is rich in vitamins, minerals and fibre. Implicitly, this healthy eating image was also transmitted into the creation of proverbs for example in Tamil proverbs. Healthy food images have been detected in the Tamil data collection collected through deep interviews with four Indian informants. A total of five Tamil proverbs have been screened using sampling mode, which is aimed to have the images of green vegetables and fruits such as “eggplant”, “cassava”, “water pumpkin” and more. They were detected in a total of 25 Tamil proverbs obtained from the informants. Further to that, this study will examine the implicit meaning of these proverbs using an incredibly inquisitive approach by Nor Hashimah Jalaluddin (2014) by associating the data, theory, cognitive and intellect of the speakers. With such information, researchers are able to look at the language, society and thoughts of the speaker.Keywords: Tamil proverbs, healthy eating habit, vegetables and fruits, linguistics, inquisitive semantics, the minds of the speaker Abstrak. Amalan pemakanan sihat khususnya yang berpandukan piramid makanan seharusnya diikuti dalam aktiviti pemakanan seharian kita. Melalui panduan piramid makanan ini mengandungi empat jenis atau kumpulan makanan yang disusun mengikut tingkat atau aras berdasarkan jumlah dan kuantiti pemakanan yang disyorkan oleh pihak kesihatan seluruh dunia bagi memenuhi ciri - ciri pemakanan yang seimbang, sihat dan betul. Salah-satunya ialah sayur-sayuran hijau dan buah-buahan yang berada pada aras dua sebagai kumpulan makanan yang kaya dengan zat vitamin, mineral dan serat. Secara implisitnya, imej pemakanan sihat ini turut dipancarkan dalam penciptaan peribahasa contohnya peribahasa Tamil sebagaimana kajian ini dijalankan. Imej pemakanan sihat telah dikesan dalam dapatan data peribahasa Tamil yang dikutip melalui temu bual mendalam terhadap empat orang informan yang berbangsa India. Sejumlah lima peribahasa Tamil telah disaring menggunakan pensampelan bertujuan mempunyai imej pemakanan sihat iaitu sayur-sayuran hijau dan buah-buahan seperti “terung”, “ubi kayu”, “labu air” telah dikesan dalam 25 data peribahasa Tamil yang diperoleh. Oleh itu, kajian ini akan meneliti makna implisit dalam peribahasa ini menggunakan pendekatan semantik inkuisitif oleh Nor Hashimah Jalaluddin (2014) dengan mengaitkan data, teori, kognitif dan akal budi penutur. Dengan adanya maklumat-maklumat sebegini pengkaji mampu melihat hubungan bahasa, masyarakat dan pemikiran seseorang itu.Kata kunci: Peribahasa Tamil, amalan pemakanan sihat, sayur-sayuran dan buah-buahan, linguistik, semantik inkuisitif, akal budi penutur