MENCARI TITIK PERSAMAAN DAN PERBEZAAN DALAM NOVEL DAN FILEM POPULAR MELAYU

Abstract
Karya kreatif bukan dihasilkan dari ruang kekosongan. Setiap satunya mempunyai asas dan merakamkan detik hati penciptanya untuk memperkatakan ‘sesuatu’ yang melingkari kehidupan manusia. Suatu realiti yang dekat dengan diri, masyarakat, dan persekitaran kerap kali digarapkan untuk memaparkan nilai atau persoalan kemanusiaan secara keseluruhannya. Oleh yang demikian, makalah ini bertujuan memperkatakan tentang kandungan atau tema dan persoalan yang dipaparkan dalam dua genre kreatif, iaitu novel dan filem yang masing-masing mendapat perhatian yang tinggi daripada khalayak pembaca, dan penonton. Untuk tujuan ini, novel popular yang diulang cetak 27 kali, Ombak Rindu (Fauziah Ashari,2012) dan filem dengan judul yang sama, “Ombak Rindu” dijadikan bahan penelitian tentang unsur persamaan dan perbezaan dalam kedua-dua media itu; bercetak dan audio-video-visual (AVV). Selain itu, teks novel apabila dipindahkan atau ditransformasikan kepada filem, berlaku sama ada pengekalan, pengguguran, penambahan, pengubahsuaian atau pengekalan naratif, watak dan perwatakan, dialog, latar dan sebagainya. Namun yang dikekalkan ialah tema dan persoalan cinta yang pastinya menjadi popular dalam kalangan pembaca novel dan penonton filem Melayu khasnya.
Funding Information
  • Universiti Utara Malaysia