al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues

Journal Information
ISSN / EISSN : 0128-116X / 2550-1992
Total articles ≅ 100
Filter:

Latest articles in this journal

Muhammad Marwan Ismail, Farah Nadia Harun, Wan Moharani Mohammad, Nurhasma Muhammad Saad, Sulaiman Ismail
al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Volume 6, pp 745-756; https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i2.237

Abstract:
December 2019 marked the emergence of a deadly virus known as Covid-19. Since then, we have been battling the virus, which has infected more than 250 million people and killed 4.5 million globally. The pandemic has become the headline of almost every media outlet, local and international news agency. Hence, this article aims to examine the Arabic online news discourse of the event by focusing on the verbal processes strategically utilised in reporting the pandemic in Malaysia. This study's data consists of Modern Standard Arabic online news published by Aswaq (aswaqpress.com) news portal between January and July 2021. Aswaq provides Arabic news and information on Malaysia to the Arab world. Hence, the information provided by the portal is vital in portraying Malaysia to Arab audiences, particularly in framing the way Malaysia deals with the Covid-19. The study employs corpus linguistics analytical tools using corpus software AntConc 3.5.8 (2019). Then, the quantitative result will be analysed using a qualitative approach based on the textual-oriented Critical Discourse Analysis (CDA) of Fairclough (1992). It is shown that Aswaq has strategically utilised various verbal processes to report on the word said and articulated around the pandemic. The diversity of verbal processes usage indicates different connotations that hint at different strategic approaches in reporting the news. Hence, it may lead to uncovering the outlet stance of the event. Finally, the study will present suggestions for other related studies in the future.
Mohd Farhan Abd Rahman, Muhd Imran Abd Razak, Ahmad Firdaus Mohd Noor, Nurul Kamalia Yusuf, Nor Adina Abdul Kadir
al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Volume 6, pp 688-696; https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i2.217

Abstract:
Majoriti pentadbir British berpegang dengan falsafah positivisme empirik logik iaitu fahaman yang mementingkan penggunaan akal sepenuhnya sebagai pendekatan utama bagi mendapatkan sesuatu fakta keilmuan dengan tepat berdasarkan kaedah penelitian yang teliti dan sistematik. Falsafah ini menolak pembuktian sesuatu fakta menggunakan sumber wahyu kerana dianggap tidak releven dalam pembuktian sejarah dan telah mewujudkan pandangan yang berat sebelah serta meragukan terhadap masyarakat Melayu di Tanah Melayu. Artikel ini menumpukan kepada analisa terhadap pandangan pentadbir British berkenaan sistem pendidikan di Tanah Melayu merangkumi pendidikan agama dan sekular, dan untuk mengetahui keistimewaan pendidikan agama Islam ke atas masyarakat Melayu. Penulis menggunakan kaedah pensejarahan, perbandingan dan analisis kandungan bagi menyiapkan kajian ini. Hasil kajian mendapati pentadbir British memperkecilkan sumbangan sistem pendidikan agama Islam di Tanah Melayu dan beranggapan kegagalan Tanah Melayu mencapai ketamadunan yang tinggi disebabkan berpegang kepada Islam yang dianggap tidak releven dengan perkembangan semasa. Justeru, bagi memperbaiki kelemahan tersebut perlaksanaan sistem pendidikan Barat dilihat sebagai langkah yang tepat bagi menerapkan fahaman sekularisme ke dalam pemikiran masyarakat Melayu di Tanah Melayu.
Mirzatul Aqilah Mat Nor, Yusri Mohamad Ramli
al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Volume 6, pp 718-732; https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i2.218

Abstract:
Kepelbagaian agama adalah satu keunikan dalam masyarakat. Setiap negara mahukan keamanan dan keharmonian dalam kehidupan masyarakatnya, khususnya negara yang memiliki masyarakat yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa. Keharmonian adalah salah satu faktor utama dalam kemajuan sesebuah negara. Namun, hubungan kemasyarakatan antara agama memerlukan satu asas yang jitu agar dapat menjadi panduan kepada semua lapisan masyarakat dalam membentuk hubungan sosial yang harmoni. Justeru, penjelasan berkaitan asas-asas hubungan kemasyarakatan dari sudut keagamaan diperlukan, agar dapat memberikan kefahaman yang lebih baik kepada setiap penganut agama masing-masing dan juga untuk memastikan wujudnya perpaduan dalam kehidupan masyarakat yang berbilang agama. Kajian ini merujuk kepada kajian-kajian lepas berkaitan konsep kemasyarakatan dan asas-asas hubungan kemasyarakatan antara agama menurut agama Islam dan Kristian serta faktor-faktor pengabaian asas-asas hubungan kemasyarakatan antara agama. Analisis kajian dilakukan untuk mengenal pasti asas-asas yang telah ditetapkan dalam agama Islam dan Kristian berkaitan hubungan kemasyarakatan antara agama berdasarkan kepada penelitian teks al-Quran dan Bible. Tema asas hubungan kemasyarakatan antara agama yang didapati hasil penemuan dan penjelasan daripada kedua-dua teks al-Quran dan Bible termasuklah berkenal-kenalan dan tolong menolong, hormat menghormati dan juga berbuat kebaikan. Seterusnya, melalui asas-asas ajaran agama ini, setiap agama dilihat memainkan peranan penting dalam menjaga hubungan kemasyarakatan antara agama. Kajian ini berbentuk kualitatif dan segala maklumat dan data diperolehi melalui kajian-kajian lepas dan juga penelitian teks al-Quran dan Bible. Maklumat dan data yang diperoleh dianalisis secara terperinci untuk mendapatkan kesahihan sumber. Asas-asas hubungan kemasyarakatan antara agama menurut teks agama perlu diketengahkan agar masyarakat dapat memahami bahawa agama Islam dan Kristian tidak menolak hubungan kemasyarakatan antara agama, namun mempunyai batas dan panduan tertentu yang perlu dipatuhi.
Salmihah Che Mud, Fariza Sham, Manisah Mohd Ali
al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Volume 6, pp 733-744; https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i2.228

Abstract:
Tantrum ialah tingkah laku yang biasa dikaitkan dengan kanak-kanak autisme iaitu mudah menangis, menjerit, mengamuk dan memukul diri sendiri apabila keinginan mereka tidak dipenuhi. Anak mengalami autisme menunjukkan tantrum di tempat awam tanpa perasaan bimbang dan malu. Mereka tidak menyedari tingkah laku mereka kerana kebolehan yang terhad dalam pemikiran, komunikasi dan interaksi sosial. Malangnya dalam hal ini segelintir masyarakat memandang anak mengalami autisme sebagai suatu masalah dan akan memandang serong sehingga membuatkan ibu bapa berasa malu. Akibatnya, anak-anak ini tidak lagi dibawa keluar kerana pandangan negatif masyarakat. Artikel ini bertujuan menerangkan kaedah mengawal tingkah laku tantrum dalam kalangan anak mengalami autisme. Analisis dokumen merupakan kaedah kajian yang digunakan berdasarkan kajian lepas, jurnal dan buku berkaitan autisme dan tantrum. Artikel ini menekankan empat kaedah pengawalan tingkah laku tantrum iaitu, (i) penggunaan teknik cerita sosial, (ii) penglibatan ibu bapa dalam aktiviti anak-anak, (iii) penekanan terhadap pendidikan al-Quran dan (iv) kaedah pembelajaran mediatif. Ini adalah kaedah yang boleh membantu mengawal emosi anak-anak yang tidak stabil dan tingkah laku tantrum. Semua pihak terutama ibu bapa, guru dan masyarakat perlu memainkan peranan masing-masing bagi memastikan tingkah laku tantrum ini dapat dikawal tanpa mendatangkan kecederaan diri kepada anak mengalami autisme itu sendiri dan orang sekeliling mereka.
, Irwan Mahazir Ismail, Siti Rosilawati Ramlan, Mohammad Najib Jaffar, Mohammad Imran Ahmad, Norfaezah Mohd Hamidin, Mohd Shahrul Nizam Mohd Danuri, Sofia Noraina Isa
al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Volume 6, pp 706-717; https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i2.163

Abstract:
Platform Massive Open Online Courses (MOOC) merupakan salah satu platform pembelajaran dalam talian yang sedang popular digunakan di pelusuk dunia terutamanya dalam Institut Pengajian Tinggi. Ia telah dijadikan salah satu platform utama sebagai proses pengajaran dan pembelajaran (PdP) di IPT Malaysia ketika pandemik covid-19 yang telah menular di seluruh dunia sejak Disember 2019. Walaupun begitu, terdapat beberapa pensyarah menyuarakan kebimbangan mereka dalam melaksanakan penilaian dalam MOOC khususnya untuk pembelajaran bahasa Arab. Justeru itu, pembangunan model penilaian MOOC untuk bahasa Arab boleh dijadikan sebagai salah satu alternatif penyelesaian. Artikel ini bertujuan untuk merungkaikan permasalahan yang kompleks, menganalisis struktur dan elemen penting untuk diterapkan dalam model penilaian MOOC. Model ini dibangunkan berpandukan kepada kesepakatan pakar seramai tujuh orang. Interpretive Structural Modelling (ISM) diaplikasikan dalam pembangunan model ini. Enam langkah utama yang terlibat dalam pembangunan model adalah bermula dengan mengenal pasti elemen-elemen yang berkaitan, mewujudkan hubungan antara pemboleh ubah, membangunkan matriks struktur interaksi kendiri (SSIM), penjanaan model daripada pendekatan ISM, pembentangan model kajian dan langkah terakhir melibatkan persembahan serta pindaan model akhir kajian. Sebanyak tujuh elemen dikenal pasti oleh barisan pakar bagi pelaksanaan penilaian MOOC untuk bahasa Arab. Elemen yang menjadi keutamaan adalah elemen menentukan jenis pentaksiran (penilaian kendiri, rakan sebaya, penilaian sumatif, formatif) bagi mengukur prestasi pelajar dan di akhiri dengan elemen menentukan syarat pensijilan bagi pelajar menamatkan kursus.
Muhammad Zulhilmi Ibrahim, Munif Zarirruddin Fikri Nordin
al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Volume 6, pp 697-705; https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i2.210

Abstract:
Ḥalāl discourse is not only familiar to Muslims, but also non-Muslims in Malaysia. This study discusses the response from non-Muslim in Malaysian ḥalāl discourse, with the objectives of identifying the ḥalāl linguistic meaning among non-Muslim in Malaysia. The discussion of meaning is based on the language interpretation which used in Sunni pragmatic research, such as how language is perceived either literal or figurative meanings based Mohamed & Yunis (2013) and Russell (1940) approach that focuses on the meaning and fact in his language theory. The data in the discussion related to the non-Muslims response towards 5 categories of ḥalāl implementation, namely ḥalāl food, ḥalāl certification, ḥalāl sign, ḥalāl name or brand of the product and ḥalāl supply chain. The data were the controversial ḥalāl issues from 2014 to 2018 taken from local newspapers such as Star Online. The discussion demonstrates that the understanding of non-Muslims linguistically can be traced from the keywords, such as understanding, compliance, awareness, acceptance and recognised which are denotatively having positive meanings. However, there are other words denotatively having negative meanings such as confusion and sensitivity. The result also shows ḥalāl does not only concern Muslims but non-Muslims as well. In principle, Islam does not prohibit non-Muslims from consuming the products offered based on guidelines recommended in Islam. The findings reveal that ḥalāl understanding in Malaysia still needs to be strengthened among non-Muslims. Therefore, the understanding and knowledge of ḥalāl implementation is the main pillar in maintaining the relationship between Muslims and non-Muslims in this society.
Aisyah Ab Rahim, Ahmad Sabri Osman, Fairuzah Basri
al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Volume 6, pp 671-679; https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.206

Abstract:
Kerja-kerja dakwah merupakan satu tugas yang sangat mulia. Dakwah bermaksud mengajak dan membawa umat manusia ke arah kebaikan serta meninggalkan keburukan. Kerja dakwah memerlukan pengorbanan yang sangat tinggi. Ini kerana para pendakwah akan menghadapi pelbagai cabaran dan rintangan dalam menyampaikan seruan Islam kepada masyarakat. Justeru, persoalan yang akan dibincangkan adalah sejauhmana para pendakwah silam mampu mempertahankan agama Islam dari ancaman ketika zaman penjajahan di Tanah Melayu. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan kehebatan para pendakwah silam, cabaran-cabaran yang ditempuh dan nilai serta akhlak yang ada pada diri para pendakwah dalam memperjuangkan agama Islam di Tanah Melayu. Kajian akan menggunakan data dari dokumen bertulis dan sejarah, seperti buku dan artikel-artikel terdahulu. Hasil kajian ini mendapati bahawa para pendakwah silam merupakan golongan yang bukan sahaja patuh dan taat kepada ajaran agama Islam dan sangat tegas dalam mempertahankan agama, tetapi juga individu yang menampilkan nilai murni serta akhlak yang unggul. Mereka bukan hanya berjuang secara lisan dan tulisan mata pena, tetapi juga dengan keberanian dan kekuatan mengangkat senjata untuk menentang penjajah demi mempertahankan kesucian agama Islam.
Muhammad Hafizan Abd Hamid, Abdul Aziz Mat Isa, Hamdi Ishak
al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Volume 6, pp 596-605; https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.142

Abstract:
Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi bermula secara formal dengan penubuhan Darul Quran JAKIM. Perkembangan pengajian tahfiz memperlihatkan penerimaan yang positif di peringkat pengajian tinggi dengan wujudnya pengajian tahfiz secara bersepadu di antara pengajian tahfiz dan akademik. Walau bagaimanapun, masih terdapat banyak kelemahan dan kekurangan dalam amalan pembelajaran tahfiz yang perlu diperhalusi dan ditambah baik. Objektif kajian ini ialah bagi mengkaji sistem pengajaran dan pembelajaran tahfiz di UNITEN. Kajian ini juga bertujuan menganalisis amalan sistem pembelajaran tahfiz mengikut jantina dan struktur pengajian. Kajian tinjauan berbentuk kuantitatif ini bertujuan melihat faktor pembelajaran tahfiz yang melibatkan 83 responden pelajar lepasan Pensijilan Tahfiz Al-Quran JAKIM-UNITEN. Pemilihan sampel berdasarkan kaedah persampelan bertujuan ini mengikut jadual persampelan Krejcie dan Morgan. Maklum balas diperolehi melalui instrumen soal selidik. Data kajian diproses menggunakan perisian IBM SPSS Statistics versi 19.0 melibatkan analisis deskriptif untuk menjelaskan profil responden dan analisis inferensi menerusi ujian-t untuk melihat perbezaan faktor pembelajaran tahfiz berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Dapatan kajian menunjukkan faktor pembelajaran tahfiz berada pada tahap sederhana tinggi. Hasil kajian juga tidak menunjukkan perbezaan yang signifikan dalam faktor pembelajaran tahfiz berdasarkan jantina dan struktur pengajian. Implikasi kajian ini dapat memberi impak dalam meningkatkan kualiti pembelajaran tahfiz khususnya di peringkat pengajian tinggi. Program tahfiz di peringkat pengajian tinggi perlu diteruskan agar kemukjizatan al-Quran ini terus terpelihara dan akan melahirkan generasi berilmu dan celik al-Quran.
, Noorhafizah Mohd Haridi, Norazman Alias, Anuar Hasin
al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Volume 6, pp 615-627; https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.136

Abstract:
Pandemik Covid-19 yang melanda dunia sehingga hari ini berpunca daripada koronavirus sindrom pernafasan akut teruk 2 (SARS-CoV-2). Ini mendatangkan suatu implikasi yang amat besar dalam aspek sosial, ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Bagi mengelakkan penularan virus ini secara berleluasa, pihak Kementerian Pendidikan bersama-sama pelbagai pihak lain telah memutuskan sesi pengajaran dan pembelajaran dilaksanakan secara atas talian. Sehubungan itu, artikel ini bertujuan untuk membuat perbandingan simptom stres dalam kalangan para huffaz dalam bidang pengkhususan qiraat. Simptom stres terbahagi kepada fizikal, psikologikal, gangguan fikiran dan tingkah laku. Namun simptom-simptom ini memberi implikasi yang positif dan negatif dalam kehidupan individu. Implikasi positif membentuk jati diri dan motivasi pelajar ke arah kecemerlangan dalam bidang yang dipilih, akan tetapi jika mendatangkan implikasi negatif, ini akan mendorong para pelajar kepada aktiviti-aktiviti yang tidak sihat yang boleh menjejaskan kualiti pembelajaran mereka. Responden kajian terdiri daripada para pelajar di USIM dan KUIS. Pengumpulan data berdasarkan instrumen soal selidik dan kaedah analisis deskriptif yang digunakan ialah kekerapan dan peratusan bagi mengenalpasti latar belakang pelajar dan meninjau gejala stres yang dialami para pelajar. Dapatan kajian menunjukkan bahawa simptom-simptom stres antara kedua-dua institusi berada di tahap yang berbeza. Bagi responden USIM menunjukkan bahawa tahap simptom stres mereka berada di tahap sederhana dengan mencatatkan ketiga-tiga konstruk berada di tahap sederhana tetapi konstruk simptom stres dalam aspek tingkah laku berada di tahap tinggi. Manakala bagi responden KUIS mencatatkan analisis keseluruhannya berada di tahap rendah dengan hasil semua konstruk berada di tahap rendah. Ini menunjukkan bahawa tahap stres dipengaruhi dengan keadaan persekitaran, keadaan dan persepsi diri individu itu sendiri. Kesimpulannya stres memainkan peranan yang penting dalam melahirkan modal insan yang mempunyai motivasi diri yang tinggi dalam kalangan pelajar walaupun ketika menghadapi waktu getir dengan pengurusan stress mereka berdasarkan panduan Islam.
Siti Salma Mohamad Shokri, Syafawati Salihan, Muhammad Hafizan Abd Hamid
al-Irsyad: Journal of Islamic and Contemporary Issues, Volume 6, pp 495-507; https://doi.org/10.53840/alirsyad.v6i1.137

Abstract:
Galakan universiti melaksanakan pengajaran dan pembelajaran (PdP) melalui metode blended learning (BL), flipped teaching dan problem-based learning (PBL) memacu program tahfiz di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) untuk menerapkannya di dalam pengendalian kelas-kelas subjek. Kajian ini dibuat bagi melihat perlaksanaan BL secara umum di UNITEN serta menilai tahap aplikasi inovasi digital dalam pengajaran dan pembelajaran khusus bagi Program Tahfiz di UNITEN. Kajian ini merupakan kajian kualitatif yang menggunakan metode pemerhatian dan analisa dokumen berkaitan perlaksanaan teknologi digital dalam subjek-subjek terpilih di bawah Program Huffaz Profesional. Terdapat empat (4) tahap aplikasi BL yang dilaksanakan di UNITEN iaitu Technology-Aided Learning, Enhanced Learning, Flipped Teaching and Learning dan Adaptive Learning. Hasil analisa mendapati bahawa terdapat empat (4) bentuk inovasi digital yang diaplikasikan dalam program Tahfiz UNITEN. Empat (4) perkara tersebut adalah memuatnaik bahan kursus di Moodle, penggunaan audio-visual dari sumber yang pelbagai seperti PowToon, Panopto dan YouTube, penilaian berterusan yang dibuat menggunakan platform Moodle dan aktiviti-aktiviti atas talian menggunakan medium yang pelbagai seperti Kahoot, Padlet, Coggle, Mentimeter dan Plickers. Usaha ini dapat membentuk PdP pengajian tahfiz menjadi lebih efektif, menarik dan sesuai dengan perkembangan dan kehendak pembelajaran semasa, serta menyumbang kepada pembentukan generasi yang berkualiti.
Back to Top Top