Gerakan Koperasi di Sabah (1960an hingga 1980an): Peranan dan Cabaran

Abstract
Artikel ini membincangkan tentang sejarah gerakan koperasi di sabah dengan melihat peranan, peluang dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh koperasi di negeri tersebut sejak awal penubuhan iaitu sekitar tahun 1960an hingga pertengahan tahun 1980an. Antara aspek-aspek yang dibincangkan dalam artikel ini ialah berkaitan dengan peranan koperasi dalam pembangunan sosio-ekonomi di negeri Sabah. Seperti gerakan koperasi di negeri lain, aspek kepimpinan sering menjadi halangan utama dalam mencapai matlamat organisasi. Banyak organisasi koperasi yang gulung tikar disebabkan kegagalan pihak pengurusan atasan (ahli lembaga/ pengurus) berfungsi dan memainkan peranan dalam mengurus organisasi sesuai dengan matlamat dan prinsip koperasi. Justeru, artikel ini menjelaskan bagaimana masalah kepimpinan ini perlu diutamakan dan diperbaiki agar pemimpin-pemimpin koperasi yang dilantik adalah mereka yang betul-betul layak dan berkaliber memimpin koperasi.