New Search

Export article
Open Access

Satu Tinjauan Terhadap Pemikiran dan Idea Bunuh Diri dalam kalangan Pelajar

Abdul Rashid Abdul Aziz, Nor Hamizah Ab Razak

Abstract: Ketika ini, statistik kes bunuh diri di Malaysia dilihat sedang mengalami peningkatan yang mendadak. Fenomena ini diburukkan lagi dengan penularan wabak COVID-19 yang kian mengganas. Penularan wabak COVID-19 ini telah memberikan banyak implikasi buruk kepada pelbagai lapisan masyarakat. Hal ini tidak terkecuali dalam kalangan pelajar. Justeru, kajian ini bertujuan untuk melihat tahap idea dan pemikiran bunuh diri dalam kalangan golongan muda yang terdiri daripada pelajar. Kajian ini berbentuk tinjauan deskriptif dengan menggunakan persampelan rawak mudah melibatkan 120 responden. Soal selidik yang digunakan adalah soal selidik Adult Suicidal Ideation Questionnaire (ASIQ) yang mengandungi 25 item. Data kajian dianalisis menggunakan Program Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 23 untuk menganalisis data statistik deskriptif. Hasil kajian mendapati bahawa skor yang melebihi nilai batasan (cut-off score) iaitu 31 dan lebih, menunjukkan tahap pemikiran responden ke arah bunuh diri dan memerlukan intervensi dari kaunselor mahupun psikiatri. Nilai min bagi jumlah skor responden ialah 11.2, manakala sisihan piawainya 17.8. Terdapat lima orang responden mencatatkan jumlah skor melebihi daripada 31 yang menunjukkan bahawa golongan ini mempunyai tahap pemikiran dan idea bunuh diri yang tinggi. Konklusinya, kajian ini dapat membuka mata ibu bapa dan pihak pengurusan Universiti berkaitan kebarangkalian pelajar untuk mempunyai pemikiran dan idea bunuh diri. Sekiranya masalah ini dapat dikenalpasti lebih awal, pelajar boleh dirujuk untuk penilaian dan penerokaan dengan lebih lanjut melalui intervensi secara klinikal agar kejadian bunuh diri dapat dielakkan.
Keywords: yang / dan idea bunuh / idea bunuh diri / pemikiran dan idea / kajian ini / daripada / golongan

Scifeed alert for new publications

Never miss any articles matching your research from any publisher
  • Get alerts for new papers matching your research
  • Find out the new papers from selected authors
  • Updated daily for 49'000+ journals and 6000+ publishers
  • Define your Scifeed now

Share this article

Click here to see the statistics on "Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH)" .
Back to Top Top