KESANTUNAN BERBAHASA DALAM KALANGAN PELAJAR UNIVERSITI UTARA MALAYSIA (UUM)

Abstract
Bahasa ialah alat berkomunikasi yang digunakan oleh manusia dalam kehidupannya untuk berhubung bagi melestarikan kebudayaan dan menyampaikan maklumat kepada anggota masyarakat. Amalan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi merupakan perkara asas untuk menghasilkan aturan sosial dan prasyarat bagi kerjasama sesama manusia dalam mana-mana masyarakat. Justeru, dengan penggunaan sistem bahasa yang baik, manusia dapat menjalani kehidupan seharian dengan lancar dan berkesan apabila cara menyampaikan sistem bahasa itu dapat diterima oleh audiens secara positif. Sebanyak 110 orang pelajar UUM dipilih sebagai responden untuk ditemu bual dengan menggunakan borang soal selidik. Teori kesantunan Brown dan Levinson (1987) digunakan dalam kajian ini sebagai landasan bagi membincangkan dapatan berkaitan amalan kesantunan berbahasa ketika berkomunikasi dalam kalangan pelajar Universiti Utara Malaysia (UUM) diamalkan.

This publication has 8 references indexed in Scilit: