PERKAHWINAN MISYAR:KAJIAN DARI PERSPEKTIF SYARIAH

Abstract
Dewasa ini umat Islam berhadapan dengan pelbagai masalah fiqh semasa yang perlu diselesaikan, antara isu hangat yang hebat diperbincangkan adalah isu perkahwinan misyar. Justeru, penulisan ini akan cuba mengupas hakikat perkawninan misyar, sejarah dan sebab kemunculannya dan sejauh mana hubungannya dengan perkahwinan yang bertepatan dengan undang-undang Islam. Penulisan ini juga akan cuba mengulas mengenai perbezaan perkahwinan misyar dengan beberapa perkahwinan lain yang telahpun dijelaskan oleh ulama-ulama Islam mengenai pengharamannya seperti perkahwinan mut’ah dan perkahwinan al-Muhallil (cina buta). Ianya diharap sedikit sebanyak dapat menyelesaikan kekeliruan umat Islam terhadap perkahwinan ini sama ada ianya seiring dengan tuntutan undang-undang Islam atau sebaliknya.